Hamzah Bersatu sertai penyokong Azmin di PJ, kem Azmin bakal tinggalkan PKR?

Related Videos
BY: kinitv
Video Discription: Para anggota parlimen yang setia kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali disahkan sedang berkumpul di Sheraton Hotel Petaling Jaya.

Anggota parlimen PKR yang kelihatan ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang), Saifuddin Abdullah (Temerloh), Rashid Hasnon (Batu Pahat) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Menariknya, Anggota Parlimen Bersatu Hamzah Zainuddin (Larut) juga kelihatan di hotel yang sama. Beliau diiringi oleh setiausaha politik Azmin, Hilman Idham.

Hamzah keluar Umno pada tahun lepas untuk menyertai Bersatu.

Turut kelihatan, aktivis sosial Hishammudin Rais dan penasihat Azmin Khalid Jaafar.

Mereka dipercayai berkumpul di sebuah bilik mesyuarat yang telah ditempah sehingga jam 7 malam.

Para pemberita telah menerima banyak mesej teks yang mendakwa kem Azmin akan mengumumkan mereka bakal meninggalkan PKR hari ini.

Bagaimanapun, dakwaan ini tidak boleh disahkan secara bebas.

--

Video Just Watched

Dailymotion.com

Youtube.com